universiti malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berpendirian untuk terus mempertahankan Rumah Kediaman Universiti (RKU) daripada diserahkan semula kepada pihak pengurusan Universiti Malaya.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Pemilik Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) dan mana-mana pemilik sijil peperiksaan luar negara dibenarkan untuk memasuki mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini dengan syarat mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus subjek Sejarah.

“Warganegara yang memiliki sijil peperiksaan luar negara yang setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan kelayakan memasuki IPT dalam negara boleh dipertimbangkan untuk memasuki pengajian mana-mana IPT dengan syarat mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus mata pelajaran Sejarah – ini termasuklah isu tentang Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC),” kata Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan manifesto parti berkenaan malam ini.

UEC adalah sijil yang digunapakai oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang dibenarkan beroperasi mengikut caranya sendiri, menggunakan silibus UEC, dengan syarat mesti mengikuti kehendak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Secara tidak langsung, pelajar ini akan memiliki dua sijil sekali gus iaitu UEC dan SPM.

Umumnya, sijil UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah (UEC-JML), Vokasional (UEC-V) dan Menengah Tinggi (UEC-SML) yang kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin.

UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.

Sejak dahulu lagi, SMPC menolak Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Mereka enggan mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan. Sebaliknya menggunakan kurikulum yang kebanyakannya diciplak dari Taiwan.

Sistem penilaiannya juga dibuat oleh badan penilaian sendiri, bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Polemik berhubung UEC telah lama dijadikan modal politik oleh parti pembangkang dan dimasukkan sebagai salah satu manifesto Pakatan Harapan tanpa menyatakan sebarang syarat berkenaan kepujian di dalam Bahasa Melayu dan lulus subjek Sejarah. – MalaysiaGazette