Home Seni Hidup Asyik Neelofa menang AME2018 – Netizen

Asyik Neelofa menang AME2018 – Netizen

KUALA LUMPUR – Anugerah MeleTOP 2018 (AME2018) telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan Top Top MeleTOP (Wanita) kepada Neelofa manakala bagi lelaki pula nasib menyebelahi Khai Bahar.

Khai, 24, turut membolot dua lagi trofi menerusi kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Bayang).

Menerusi kemenangan itu, Khai membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi.

Drama lakonan Neelofa bersama Alif Satar bertajuk ‘Red Velvet’ memenangi menerusi kategori Drama MeleTOP.

Bagaimanapun, Neelofa sekali lagi dikecam netizen yang mempertikaikan kemenangannya yang disifatkan hanya untuk menjaga hati selaku mengacarakan program Meletop untuk beberapa tahun.

Ada yang menyifatkan anugerah itu hanya ‘syok sendiri’ kerana sekali lagi menobatkan Neelofa sebagai sebagai Top Top MeleTOP.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat AME sepatutnya memberikan peluang kepada pelakon lain yang lebih layak daripada Neelofa.

 

Untuk rekod keputusan AME 2018 adalah berdasarkan undian peminat. – MalaysiaGazette