SPRM Jabatan Perangkaan
Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) telah menganjurkan bengkel Pengukuran Rasuah melalui Kaedah Berasaskan Bukti bersama Jabatan Perangkaan dengan input pakar dari Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di sini baru-baru ini.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pasangan suami isteri yang disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM91,000 telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pasangan itu dipercayai cuba melakukan tuntutan palsu itu daripada sebuah agensi kerajaan tahun lalu.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani telah mengesahkan penahanan kedua-dua suspek itu.

Katanya. pasangan berusia 52 dan 49 tahun tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira pukul 2.55 petang ketika hadir untuk memberi keterangan.

Menurutnya, isteri suspek yang bekerja sebagai ketua kerani di agensi kerajaan tersebut ketika itu juga telah bersubahat dengan suaminya dan menggunakan jawatan dan kedudukannya dalam proses pemberian kerja-kerja pembekalan itu kepada empat buah syarikat yang dia mempunyai kepentingan.

“Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” kata beliau.

Ujar beliau, kedua-duanya akan dituduh di mahkamah Jalan Duta esok.- MalaysiaGazette