Pengundi-pengundi membuat semakan di kaunter semak daftar pemilih sebelum masuk ke bilik mengundi. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengisytiharkan hari mengundi pada 9 Mei ini sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, keputusan tersebut dibuat kerana bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk menunaikan tanggung jawab untuk keluar mengundi kerana tarikh tersebut jatuh pada hari bekerja.

“Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan 28 April sebagai hari penamaan calon manakala pilihanraya umum ke-14 akan diadakan pada Rabu, 9 Mei nanti.-MalaysiaGazette