Home Nasional Sarawak umum cuti pada hari mengundi

Sarawak umum cuti pada hari mengundi

Gambar hiasan
 KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan di negeri ini sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurut Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan di sini, ia bagi membolehkan rakyat menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi pada hari itu.

“Berikutan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa hari mengundi untuk PRU14 jatuh pada hari Rabu, 9 Mei, kerajaan negeri memutuskan bahawa hari kelepasan am tambahan diisytiharkan di seluruh Sarawak pada hari berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am [Bab 8 (1958)], tambahnya. – MalaysiaGazette