Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow (tengah) diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menunjukkan buku manifesto BN Negeri Pulau Pinang pada Majlis Pelancaran Manifesto BN Negeri Pulau Pinang di Hotel Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang. foto FAREEZ FADZIL, 15 APRIL 2018

SEBERANG JAYA – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berikrar akan menghentikan projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion dalam manifestonya yang bertemakan ‘Selamatkan Pulau Pinang’ sebentar tadi.

Manifesto yang dilancarkan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang itu , mengandungi enam teras utama dan 60 inisiatif mencakupi segala aspek kepentingan dan kebajikan rakyat negeri itu.

Parti itu turut berjanji akan menghentikan pembangunan lereng bukit melebihi 250 kaki berikutan pembangunan di kawasan berbukit yang semakin tidak terkawal.

Selain itu, manifesto BN turut menawarkan sebanyak 65,000 unit rumah mampu milik bagi menangani masalah perumahan rakyat di negeri itu.

Ini adalah antara 60 janji di bawah enam inisiatif yang terkandung dalam manifesto yang dilancarkan oleh Pengerusi Barisan Nasional, Teng Chang Yeow di sebuah hotel di Seberang Jaya.

Pelancaran telah dibanjiri kehadiran lebih 3,000 penyokong, ahli dan pemimpin BN negeri memeriahkan suasana manifestasi BN yang diwarnai gelombang biru.

Penyelesaian Masalah Banjir dan Bukit Botak dalam tempoh 3.5 tahun antara enam teras yang dizahirkan BN kepada rakyat negeri tersebut.

Turut dihadiri Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Zainal Abidin, Pengerusi myPPP Pulau Pinang, Datuk Loga Bala Mohan, Timbalan Pengerusi MIC negeri, Datuk Nyanasegaran.

Menurut Chang Yeow, BN  juga serius mahu menyelesaikan  kesesakan lalu lintas dalam tempoh tiga tahun menerusi satu pelan penyuraian trafik yang lebih sistematik dan terancang untuk menyediakan trafik jalan raya yang moden dan mantap.

Teras keempat AkuJanji BN mahu memastikan pembangunan ekonomi negeri yang mengutamakan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat dengan penyertaan program One Belt One Road (OBOR) serta menggalakkan transformasi industri kecil dan sederhana (IKS) menjadi syarikat multinasional.

“Penyediaan prasarana dan pembangunan dan penyediaan tenaga kerja dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan

“Teras kelima akan menyaksikan keutamaan kesejahteraan rakyat menerusi penyediaan kompleks keluarga sejahtera di setiap daerah selain menghaspuskan surcaj air dan air percuma untuk miskin tegar dna tiada kenaikan tarif air kediaman untuk 5 tahun.

“Dan akhirnya Tapak Pelancongan dan Warisan negeri akan terus dipertahankan dan dikekalkan menrusi inisiatif menaik taraf the Living Heritage dan Artisan Streets memulihara bangunan bersejarah,” kata beliau dalam Manifesto tersebut.

Selain itu, manifesto itu turut menawarkan bantuan khas sebanyak RM2,000 bagi perkahwinan kali pertama, letak kereta percuma di kawasan majlis tempatan dan kediaman. – MalaysiaGazette