Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada Majlis Perhimpunan Saya Anak Mara di UniKL MIAT (Kampus Subang), Selangor. foto IQBAL BASRI, 15 APRIL 2018.

SUBANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyindir Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyalahkan kerajaan kerana terpaksa menutup kedai roti miliknya baru-baru ini. 

Ujarnya, pembangkang akan cuba mempengaruhi rakyat dengan mengaitkan apa juga isu dengan kerajaan walaupun tidak logik. 

“Justeru dalam apa jua keadaan teruskan sokongan kita jangan dengar apa yang dibuat oleh pihak sana (pembangkang) mereka cuba menyalahkan kerajaan dalam apa juga hal.

“Paling pelik kedai roti yang lingkup pun nak disalahkan kerajaan.

“Kedai roti yang lingkup terpaksa tutup pun salahkan Perdana Menteri tidak masuk akal ramai anak MARA berniaga tidak lingkup ini bukak kedai roti lingkup jangan salahkan orang lain. Memali salahkan orang lain rugi RM 31.bilion salah orang lain

“Malayasia Airlines, Proton nak lingkup pun salah orang lain,” katanya ketika hadir di Himpunan Saya Anak Mara di UNIKL MIAT petang tadi.

Terdahulu Mahathir dipetik sebagai berkata penutupan kedai roti The Loaf  yang  dalam masa yang sama akan demi membantu kewangan kempen pilihan raya untuk Pakatan Harapan adalah kesan tekanan daripada kerajaan. -MalaysiaGazette