Awang Adek kehilangan anak lelaki yang meninggal dunia malam tadi.

KUALA LUMPUR – Anak lelaki Pengerusi MARA, Datuk Dr. Awang Adek Hussin meninggal dunia malam tadi.

Allahyarham Azram, 33, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuma di paru-paru di rumah keluarganya di Jalan Utama, Tropicana, Damansara dekat sini, pada jam 11.42 malam.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor hari ini.

Arwah dikatakan pernah diserang demam panas sejak kecil. – MalaysiaGazette