Mohamad Fuzi Harun

KUALAL LUMPUR – Polis sedang memburu empat individu disyaki anggota pengganas Daesh yang terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan ke atas rumah-rumah ibadat dan menculik serta membunuh polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka merupakan saki baki daripada enam suspek militan sama yang pernah ditangkap sebelum ini.

Polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman telah menangkap enam individu dari sel yang sama di Johor antara 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Mereka dicekup kerana merancang untuk menyerang rumah ibadat bukan Islam dan menculik serta membunuh polis.

Suspek pertama pengganas Daesh

“Namun begitu terdapat empat lagi individu yang disyaki saki baki dari sel yang sama masih bebas dan merbahaya,”kata beliau dalam kenyataan itu hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Muhamad Fuzi berkata polis sedang berusaha untuk mengesan keempat-empat suspek.

Suspek pengganas Daesh kedua dikehendaki polis

“Mereka mampu melancarkan tindakan yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara.

“Butiran empat suspek itu adalah MUhamad Faizal Muhamad Hanafi berusia 19 tahun, Muhamad Hanafi Yah , 51, Nor Farkhan Mohd Isa, 31, dan Awae Wae-Eya, 37 tahun,” kata beliau.

Suspek pengganas Daesh dipercayai saki baki dari enam pengganas rancang serangan ke atas Rumah Ibadat bukan Islam dan mahu menculik dan membunuh polis yang dicekup antara 27 Februari dan 1 Mac lalu.

Muhamad Faizal Muhamad Hanafi dan Muhamad Hanafi Yah berasal dari tempat sama iaitu Kampung Ketil Pengkalan Kubor , Tumpat, Kelantan manakala Nor Farkhan Mohd Isa berasal dari Taman Ungku Tun Aminah, Skudai Johor dan Awae Wae-Eya pula berasal dari Vho-Airong, Narathiwat, Thailand.

Kepada mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung keempat-empat individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Badri Othman dari Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menerusi talian 017 6727120 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan pihak polis.

Suspek keempat pengganas Daesh merbahaya dan sangat dikehendaki polis Caunter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman

Mana-mana individu yang didapati menyembunyikan sebarang maklumat, bersubahat atau melindungi keempat-empat individu berkenaan boleh dituduh di bawah Seksyen 130M, 130K dan 130L Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan terbabit mereka boleh dihukum penjara di anatara tujuh hingga 30 tahun.- MalaysiaGazette