Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Khamis ini.

Manifesto itu akan dilancarkan Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung kira-kira jam 9 malam.

Majlis itu akan bermula dengan solat Maghrib, solat hajat dan solat Isyak berjemaah.

Menurut Mustapa, majlis pelancaran secara besar-besaran itu adalah yang pertama kali dilakukan BN Kelantan dan dijangka dihadiri kira-kira 20,000 penyokong BN dari seluruh negeri

“Ini kali pertama kita lancar manifesto besar-besaran dan seluruh bahagian, sayap, parti komponen dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedia memberi komitmen bagi menjayakan majlis ini,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu, hari ini.

Katanya, manifesto BN Kelantan memfokuskan aspek berkaitan anak-anak muda, isu tanah, infrastruktur, wanita serta Islam dan usaha dakwah di negeri itu. – MalaysiaGazette.