KUALA LUMPUR – Kumpulan KRU tidak asing lagi di persada seni tanah air namun pada sidang media petang tadi mereka mengumumkan ia dibubarkan tidak lama lagi.
Ketua kumpulan itu, Datuk Norman Abdul Halim berkata, pembubaran KRU berkuatkuasa selepas mereka mengadakan konsert terakhir di Istana Budaya selama tiga hari bermula 14 Mei ini.

Selain itu, ia juga ada kaitan dengan Edry yang akan ‘berhijrah’ di luar negara bagi mendapatkan rawatan untuk anaknya yang menghidapi austime.
Lagi pun, adiknya Edry dan Yusry sudah mempunyai haluan masing-masing, kata Norman.
Kemunculan KRU yang ditubuhkan pada awal 1992 pernah menjadi fenomena kerana bakat yang dimiliki tiga beradik itu.
Sepanjang pengelibatan mereka di dalam bidang seni sebayak 13 album rakaman penuh dan 26 single lagu telah dihasilkan.- MalaysiaGazette