Home Dunia Aceh laksana rotan terbuka terakhir

Aceh laksana rotan terbuka terakhir

Seorang pesalah sedang dihukum rotan secara terbuka di Banda Aceh. foto Agensi

ACEH – Tiga pasangan kekasih dan dua orang pekerja seks dihukum rotan secara terbuka hari ini.

Pelaksanaan hukum itu dibuat di luar masjid di bandar utama Aceh.

Hukuman terbuka itu dipercayai terakhir dilakukan di depan orang ramai selepas gabenor wilayah itu mengumumkan untuk melaksanakan hukuman tersebut di tempat tertutup.

Wanita yang dituduh melakukan pelacuran dirotan sebanyak 11 kali.

Salah seorang wanita mengangkat tangannya selepas menerima rotan kelima, menandakan beliau mengalami kesakitan.

Dia kemudian diberi minuman sebelum dirotan semula.

Manakala enam lagi dituduh berkelakuan tidak senonoh dirotan antara 11 dan 22 sebatan. – MalaysiaGazette