Home Dunia China salah lapor gempa bumi yang tidak berlaku

China salah lapor gempa bumi yang tidak berlaku

Gempa dasar laut yang kuat telah melanda utara New Zealand dan dikhuatiri berlaku tsunami di wilayah tersebut.- Gambar hiasan.

BEIJING – Pihak berkuasa China berkata, pihaknya telah tersalah lapor tentang berlakunya dua gempa bumi kuat, hakikatnya bencana alam itu tidak berlaku.

Sebaliknya, ia merupakan satu latihan yang secara tidak sengaja dimaklumkan kepada awam.

Lewat petang semalam, pihak berkuasa China melalui laman sesawangnya memaklumkan ada dua kejadian gempa bumi dengan 6.5 magnitud di Xinjiang dan Yunnan.

Maklumat itu berada dalam laman sesawang sekurang-kurangnya sejam, walaupun amaran itu tidak diletakkan di mikroblog yang menjadi rujukan warga China apabila berlaku gempa bumi.

“Kebocoran maklumat gempa secara tidak sengaja telah diterbitkan oleh media dan menyebabkan salah faham,” katanya.

China adalah negara yang aktif seismik dan kerap dilanda gempa bumi besar.

Satu dekad yang lalu gempa bumi dengan 7.9 magnitud berlaku di wilayah barat daya Sichuan, membunuh hampir 70,000 orang. – MalaysiaGazette