Home Nasional Pelancaran manifesto BN Sabah Ahad ditunda

Pelancaran manifesto BN Sabah Ahad ditunda

Manifesto Barisan Nasional Kedah sempena PRU14 akan mengandungi empat elemen kejutan,

KOTA KINABALU – Pelancaran manifesto Barisan Nasional Sabah yang dijadualkan diadakan Ahad ini ditunda pada minggu depan.

Ia kemudian dijadualkan semula pada hari Rabu, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin tanpa memberi alasan penangguhan tersebut.

Sebelum ini, Tan Sri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi BN negeri itu berkata, manifesto BN akan diadakan di Kompleks Sukan Sabah pada 22 April ini. – MalaysiaGazette