Majlis pengumuman calon Pas Kedah.
Majlis pengumuman calon Pas Kedah.

ALOR SETAR – Semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah akan ditandingi calon Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Satu kerusi Parlimen lagi yang tidak diletak calon Pas akan diberikan kepada rakan komponen mereka iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir untuk bertanding.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut yang membariskan semua calon-calon di negeri jelapang padi itu.

Berhubung kerusi Langkawi, Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata walaupun Ikatan diberikan satu kerusi tetapi mereka akan mengerahkan jentera parti untuk membantu kempen calon mereka di pulau pelancongan ikonik itu.

“Bila calon Ikatan itu akan diumumkan, saya tak pasti.

“Tetapi jentera Pas di Langkawi bersedia untuk digerakkan bagi berkempen di sana,” katanya.

Untuk rekod, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengesahkan akan bertanding di Parlimen Langkawi nanti.

Pada majlis sama, para bakal calon itu turut melafazkan baiah serta sumpah di hadapan ribuan penyokong Pas yang hadir untuk tidak melompat parti serta akan meletak jawatan sekiranya dipecat daripada Pas.

Ujarnya lagi, 70 peratus daripada calon yang diketengahkan Pas di negeri ini, kali ini merupakan muka-muka baharu dan bebas daripada golongan ‘harum manis’. – MalaysiaGazette

Senarai Calon Pas

DUN

1) Ayer Hangat – Azlina Azinan

2) Kuah – Mazlan Ahmad

3) Kota Siputeh – Mat Jah Mat Leh

4) Ayer Hitam – Azhar Ibrahim

5) Bukit Kayu Hitam – Habsah Bakar

6) Jitra – Zulhazmi Osman

7) Kuala Nerang – Munir @ Mohd Yusof Zakaria

8) Pedu – Mat Razi Mat Amin

9) Bukit Lada – Salleh Mahmud

10) Bukit Pinang – Wan Rohamani Wan Salim

11) Derga – Yahya Saad

12) Kota Darul Aman – Zulkifli Che Harun

13) Alor Mengkudu – Ahmad Yahya

14) Kubang Rotan – Omar Saad

15) Pengkalan Kundor – Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi

16) Tokai – Muhammad Hayaki Osman

17) Sungai Tiang – Saiful Shazwan Shafie

18) Sungai Limau – Muhammad Azhar Abu Samad

19) Guar Chempedak – Mussadat Ahmad

20) Gurun – Muzaini Azizan

21) Belantek – Mat Isa Shafie

22) Jeneri – Muhd Sanusi Md Noor

23) Bukit Selambau – Muhammad Ali Sulaiman

24) Tanjong Dawai – Hanif Razali

25) Pantai Merdeka – Ahmad Fadli Hashim

26) Bakar Arang – Osman Che Mie

27) Sidam – Norhidayah Foo Abdullah

28) Bayu – Abdul Nasir Idris

29) Kupang – Nazmi Ahmad

30) Kuala Ketil – Mansor Zakaria

31) Merbau Pulas – Siti Aishah Ghazali

32) Lunas – Ahmad Taufik Baharom

33) Kulim – Mohd Khairi Salleh

34) Bandar Baharu – Rohaizat Jaafar

35) Anak Bukit – Hamdi Ishak

36) Suka Menanti – Mohamad Sabri Omar

PARLIMEN

1) Jerlun – Abdul Ghani Ahmad

2) Kubang Pasu – Norhafizah Fadil

3) Padang Terap – Muhammad Azam Abdul Aziz

4) Pokok Sena – Radhi Mat Din

5) Alor Setar – Muhammad Aminulshafiq Muhd Abduh

6) Kuala Kedah – Muhamad Riduan Othman

7) Pendang – Awang Hashim

8) Jerai – Muhammad Ismail

9) Sik – Ahmad Tarmizi Sulaiman

10) Merbok – Ahmad Fauzi Ramli

11) Sungai Petani – Shaharil Lom

12) Baling – Hassan Saad

13) Padang Serai – Muhamad Sobri Osman

14) Kulim Bandar Baharu – Hassan Abdul Razak