Dakwaan Allahyarham Dr Fadi ‘Pakar Buat Roket’ – MyCARE

Humanitarian Care Malaysia (MyCare) menggesa orang ramai terutama pengguna media sosial supaya berhenti daripada terus menularkan maklumat salah berhubung identiti mangsa pembunuhan kejam Dr. Fadi al Batsh.

Pengerusinya, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata dakwaan yang disebar dengan mengaitkan imam dan juga pensyarah warga Palestin itu sebagai seorang pakar dalam pembuatan roket dan dron merupakan satu tuduhan tidak benar.

Menurutnya, Allahyarham merupakan seorang yang pakar dalam bidang sumber tenaga iaitu kejuruteraan elektrik.

#mycare #dr.fadi