TOKYO – Manusia tertua di dunia yang berusia 117 tahun telah meninggal dunia.

Wanita warga Jepun, Nabi Tajima meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Kikai, Pulau Kyushu di selatan Jepun kira-kira pukul 8 malam semalam, kata pegawai bandar itu.

Beliau telah dimasukkan di hospital sejak Januari lalu, lapor AP.

Tajima dilahirkan pada 4 Ogos 1900.

Beliau menjadi individu tertua dunia tujuh bulan lalu selepas kematian Violet Brown, juga berusia 117 tahun, di Jamaica pada September tahun lalu.

Rakaman video yang disiarkan rangkaian televisyen Jepun menunjukkan Tajima menggerakkan tangannya bagi mengikuti rentak muzik tradisional Jepun pada satu majlis meraikan pencapaiannya itu.

Gerontology Research Group yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, seorang lagi wanita warga Jepun, Chiyo Miyako, kini merupakan individu paling tua. Beliau berusia 116 tahun.

Guinness World Records mengiktiraf Masazo Nonaka, 112, yang tinggal di selatan Jepun sebagai lelaki tertua dunia pada awal bulan ini dan merancang untuk mengiktiraf Tajima sebagai individu tertua dunia. – Agensi