Aplikasi yang dikenali sebagai ‘Uthavi’ (bantuan) bagi menyalurkan sumbangan keperluan asas dan makanan kepada golongan memerlukan khasnya ketika Covid-19.

KUALA LUMPUR – Teka teki siapa agaknya yang akan mewakili suara masyarakat India pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam parti terbesar komuniti itu akhirnya terjawab apabila nama mereka didedahkan hari ini.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, calon-calon ini terpilih melalui pelbagai saringan sekaligus campuran muka lama dan baharu adalah pilihan tepat yang bakal semarakkan parti ini.

Pemilihan ini juga dianggap diyakini ‘winnable candidate’ untuk mengembalikan maruah MIC yang tercalar pada PRU-12 dan 13.

Presiden MIC, Datuk Seri S.Subramaniam (dua kiri) dan Datuk Seri SK Devamany.

Seperti yang dijangka, Subramaniam akan bertanding di Parlimen Segamat sementara Tapah yang juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) meletakkan kembali Datuk Seri M. Saravanan dan Sungai Siput pula akan ditandingi oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri SK Devamany.

Datuk P. Kamalanathan yang pernah menang dua kali berturut-turut di Hulu Selangor sekali lagi di pertaruhkan di kawasan bagi kemenangan besar MIC.

Datuk P. Kamalanathan

Antara muka baharu, Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy akan bertanding di kerusi Kapar manakala Prakash Rao yang merupakan bekas Setiausaha Agung MIC diletakkan di Sungai Buloh.

Kerusi ‘panas’ Cameron Highlands yang selama ini menjadi pertelingkahan antara MIC dan myPPP akhirnya terjawab apabila Ketua Pemuda Kebangsaan, Datuk Sivarraajh Chandran dipilih mewakili parti itu.

Sivarraajh Chandran

Bagi kerusi Kota Raja pula, Ahli Majlis Kepimpinan Pusat CWC, V. Gunalan akan bertanding manakala Port Dickson yang dahulunya Teluk Kemang akan ditandingi oleh Ketua Penerangan MIC, Datuk VS Mogan.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, sebanyak 19 buah kerusi akan di pertandingkan dan kombinasi muka baharu dan lama juga telah di letakkan.

Bagi kerusi Buntong di Perak pula masih kekal misteri dan berkemungkinan besar perbincangan masih lagi berjalan tetapi dijangka dalam masa sehari dua ianya akan selesai.

Kombinasi wajah lama dan baharu diyakini akan membawa kemenangan besar bagi parti itu yang dilanda krisis serta kemelut sejak tsunami 2008.

MIC dikatakan telah berhempas pulas selama 10 tahun kebelakangan ini untuk memastikan kerusi tradisi kembali kepada mereka.

Kebanyakan pengundi  sudah kembali celik dengan retorik pembangkang yang lebih banyak menabur janji daripada menunaikannya.

Senarai calon bagi kerusi DUN:

Kedah

  1. Lunas – Ketua Cawangan, KS Thuraisinggam
  2. Bukit Selambau – Naib Presiden MIC, Datuk Jaspal Singh

Pulau Pinang

  1. Bagan Dalam – Ahli Majlis Tertinggi CWC, J. Dhinagaran
  2. Perai – Ketua Bahagian MIC Permatang Pauh, M. Suresh

Perak

  1. Sungkai – Ahli Majlis Tertinggi CWC, Datuk V. Elanggo
  2. Jelapang – Ahli Majlis Tertinggi CWC, K. Thankaraj
  3. Buntong – perbincangan masih berjalan

Negeri Sembilan

  1. Jeram Padang – Pengerusi MIC Perak, Datuk L. Manickam
  2. Sri Tanjung – Timbalan Ketua Pemuda, R. Thinalan

Melaka

  1. Gadek – Setiausaha MIC Negeri, P. Panirchelvam

Pahang

  1. Sabai – Pengerusi MIC Pahang, Datuk R Goonasekaran

 

Johor

  1. Gambir – Pengerusi MIC Johor, Datuk M. Ashojan
  2. Tenggaroh – Ahli Majlis Tertinggi CWC, K. Ravenkumar
  3. Kahang – Ketua Cawangan, Datuk R Vidhayanathan
  4. Skudai – Ahli Majlis Tertinggi CWC, Datuk S Kannan

Selangor

  1. Ijok – Ahli Majlis Tertinggi CWC, K. Parthiban
  2. Sungai Tua – Setiausaha MIC Negeri, Datuk N. Rawisandran
  3. Sentosa – Ahli Majlis Tertinggi CWC, Datuk T. Subramaniam – MalaysiaGazette