Home Ekonomi 15 individu, 16 syarikat diisytihar muflis

15 individu, 16 syarikat diisytihar muflis

Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Seramai 31 pembayar cukai diisytiharkan muflis oleh mahkamah kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM8.183 juta.

Mereka itu terdiri daripada terdiri 15 individu dan 16 syarikat.

LHDN berkata, 15 individu itu mempunyai tunggakan dan kenaikan sebanyak RM3.32 juta manakala 16 syarikat itu mempunyai tunggakan dan kenaikan berjumlah RM4.856 juta

Mengikut senarai lampiran LHDN, 15 individu itu gagal melunaskan taksiran cukai antara tahun 1990 hingga 2015 manakala untuk syarikat pula melibatkan tahun taksiran dari 1984 hingga 2014. – MalaysiaGazette