Home Ekonomi Affin Hwang lancar Global Target Return Fund

Affin Hwang lancar Global Target Return Fund

KUALA LUMPUR – Affin Hwang Asset Management Bhd (Affin Hwang AM) melancarkan Affin Hwang World Series

Global Target Return Fund (WS-GTF), dana borong yang bertujuan meraih peningkatan modal dalam tempoh sedarhana dan panjang.

Dana ini akan dilaburkan dalam skim pelaburan kolektif, iaitu Schroder International Selection Fund Global Target Return.

Ketua Pemasaran dan Pengedaran Affin Hwang AM, Chan Ai Mei berkata, dana itu akan memberi manfaat kepada pelanggan menerusi tumpuan kepada pulangan mutlak dengan matlamat meminimumkan ketidakstabilan dan risiko kerugian besar, yang merupakan faktor penting kepada pelabur, terutama dalam persekitaran pasaran semasa.

“Menerusi peruntukan asetnya yang tidak terhad, pelabur akan dapat memanfaatkan pelaburan luas untuk meraih manfaat kepelbagaian sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dana sasaran Schroder ialah dana Luxembourg yang berdomisili yang diuruskan oleh Schroder Investment Management, pengurus aktif bebas yang pernah memenangi anugerah, dengan aset dalam pengurusan berjumlah US$604.7 bilion pada 31 Dis, 2017.

Chan berkata sekurang-kurangnya 80 peratus daripada nilai aset bersih (NAV) WS-GTF akan dilaburkan ke Target Fund Schroder, dan maksimum 20 peratus daripada Dana NAV ke dalam instrumen, deposit dan/atau aset pasaran wang. – MalaysiaGazette