Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar (dua kiri) bercakap pada sidang media selepas Pengumuman Calon BN Negeri Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam. foto SYAFIQ AMBAK, 23 APRIL 2018. Calon, BN, Selangor
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar (dua kiri) bercakap pada sidang media selepas Pengumuman Calon BN Negeri Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam. foto SYAFIQ AMBAK, 23 APRIL 2018

SHAH ALAMĀ – Barisan Nasional (BN) tidak akan mengikut jejak langkah PKR yang terburu-buru menamakan calon Menteri Besar (MB) tanpa mempeduli dan menghormati Perlembagaan serta Sultan Selangor seperti mana yang berlaku dalam Langkah Kajang pada 2014.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, PKR mudah lupa pelantikan Menteri Besar itu perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ia boleh dilakukan.

“Kita tengok apabila PKR dia terlupa Perlembagaan Selangor, beriya-iya nak lantik Menteri Besar, buat Langkah Kajang,

“Tapi lantikan itu akhirnya mesti mendapat perkenan Sutlan Selangor. Kita tidak akan buat sedemikian.

“Ini kerana BN menghormati Perlembagaan Selangor dan menjunjung kuasa Sultan Selangor yang termaktub dalam Perlembagaan Selangor,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon BN Selangor di bangunan UMNO Selangor, di sini, hari ini.

Presiden MCA, Liow Tiong Lai menyerahkan watikah pelantikan kepada calon Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar pada Pengumuman Calon BN Negeri Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam. foto SYAFIQ AMBAK, 23 APRIL 2018

Beliau mengulas tentang calon Menteri Besar Selangor dalam kalangan calon BN negeri itu yang diumumkan hari ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Noh enggan bertindak seperti PKR yang terburu-buru menamakan calon menteri besar ketika krisis politik di Selangor pada 2013 hingga 2014 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac 2014.

Noh juga, BN Selangor tidak mahu memikirkan siapa calon Menteri Besar kerana kemenangan dan usaha untuk merampas semula Selangor lebih diutamakan pada masa ini.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar menyampaikan watikah pelantikan kepada calon Dun Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi (kanan) pada Pengumuman Calon BN Negeri Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam. foto SYAFIQ AMBAK, 23 APRIL 2018

“Jadi biarlah kita bertanding dulu, kita menang dan saya yakin, daripada senarai calon ini, ramalan (siapa MB) boleh kita buat dua atau tiga orang.

“Tapi apa pun akhirnya kita mesti dapat perkenan daripada Sultan Selangor. Janganlah kita nak umum lebih awal siapa akan jadi Menteri Besar kalau BN menang nanti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette