syamsul debat, calon PRU-14
Syamsul Debat

SEREMBAN – Penceramah agama terkenal, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat terpilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Sikamat pada PRU-14.

Namanya diumumkan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pda satu majlis di sini hari ini.

Syamsul Debat sebelum ini dikenali sebagai penceramah yang suka berjenaka dan pernah menjadi jurucakap UMNO negeri semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Sebelum itu, Terengganu juga memilih seorang pakar motivasi terkenal, Tengku Asmadi Tengku Mohamad sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus di Terengganu. -MalaysiaGazette