Home Dunia “Jika ancam, padahlah Iran.” – Trump

“Jika ancam, padahlah Iran.” – Trump

Donald Trump menyifatkan perjanjian nuklear Iran yang disertai Amerika Syarikat sebelum ini, teruk. - foto dailymail
Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Donald Trump hari ini memberi amaran kepada Iran bahawa mereka bakal berdepan masalah besar jika memulakan program nuklear `dengan atau tanpa’ perjanjian yang memberikan  nnegara itu bantuan ketika ini sebagai pertukaran untuk kerjasama.

“Jika Iran membuat sebarang bentuk ancaman, mereka akan menerima padah seperti negara-negara lain, sebelum ini,” katanya pada sidang media bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Trump membayangkan akan kekal dalam perjanjian sedia ada meliputi kegiatan nuklear Tehran, namun, berhubung janji bahawa Eropah akan bekerjasama dalam perjanjian baru, kebimbangannya adalah mengenai peluru berpandu balistik dan Syria.

Ancaman Trump itu susulan dakwaan Tehran untuk mengenakan tindakan mengejut’ dan Amerika Syarikat (AS) akan berdepankesan serius’ jika Presiden AS itu menunaikan janjinya untuk meninggalkan pakatan terbabit.

Trump menegaskan AS ‘gila’ untuk menghantar `bertong-tong wang tunai’ kepada Iran sebagai sebahagian daripada perjanjian yang beliau dakwa ‘tidak sepatutnya pernah dibuat’.

Mengulas mengenai perjanjian nuklear Iran, Macron yang dalam rangka lawatan kerjanya selama tiga hari, berkata: “Saya tidak tahu apa yang akan diputuskan Presiden Trump … dan itu tanggungjawabnya.”

Presiden Perancis itu berkata beliau akan bekerjasama dengan kuasa-kuasa serantau, termasuk Turki dan rakan pakatan  Syria, Russia, bermula dari sekarang untuk menjalinkan kerjasama baru.

“Saya percaya kedua-dua kami boleh bergabung pandangan dan perbezaan, kerana kita bukan dalam vakum. Saya selalu katakan kita tidak sepatutnya menghancurkan JCPOA dan tiada apa-apa lagi.”

Trump memberitahu Macron di hadapan media bahawa tiada sesiapa tahu apa yang akan saya lakukan’ sekalipun dia memuji rakan sejawatannya,kamu mempunyai idea yang bagus.”

Presiden AS itu berkata, tindakannya bergantung sama ada kemungkinan mengadakan perjanjian baru dengan ‘asas kukuh’ tidak seperti perjanjian rapuh yang ditinggalkan pemimpin terdahulunya.

‘Ia perjanjian teruk. Ia struktur yang teruk. Ia semakin musnah. Tidak sepatutnya pernah dibuat,” katanya.

Dalam mesyuarat terdahulu, Macron berkata, AS dan Perancis perlu bekerjasama untuk membawa kestabilan di rantau ini.

“Perjanjian Iran adalah isu penting tetapi kita perlu bawa kepada gambaran lebih besar iaitu keselamatan di rantau keseluruhan,” katanya

“Apa yang kita mahu lakukan adalah memasukkan Iran dan kehadirannya di rantau ini.”

Trump berdepan tarikh akhir 12 Mei depan bagi memutuskan sama ada beliau akan mematuhi ancamannya untuk memusnahkan perjanjian nuklear yang disertai AS sebelum membuat bayaran kepada Iran.

Pentadbiran Presiden AS terdahulu, Barrack Obama memindahkan AS$1.7 bilion ke Iran.

Wang terbabit menyelesaikan pertikaian antara AS dan Iran berhubung kesepakatan senjata 1970 yang gagal. Iran membayar AS untuk pembekalan senjata tetapi A.S. kemudian membatalkan perjanjian itu dan membekukan dana selepas pemberontakan.

‘Itulah wang tunai sebenar, bertong-tong tunai. Ia gila. Ini tidak masuk akal,” dakwa Trump. – MalaysiaGazette