Ali Tinju bersama Dr. Hilmi
Ali Tinju bersama Dr. Hilmi

KUALA LUMPUR – ‘Ketua Kampung’ Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan perlu mengadakan mesyuarat khas bagi menyelesaikan segera kemelut di Wangsa Maju.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu menenangkan jentera BN di kawasan berkenaan selain merapatkan barisan antara UMNO dan MCA.

Itu pendapat Pengarah War Room UMNO Wangsa Maju, Dr. Hilmi Ibrahim semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden NGO No 1 Negara, Mohd. Ali Baharom atau Ali Tinju di sini malam tadi.

Pertemuan itu diadakan oleh Ali Tinju sebagai mencari jalan menyelesaikan ‘pergeseran’ yang berlaku selepas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Shafie Abdullah tidak terpilih menjadi calon BN Parlimen Wangsa Maju dalam PRU-14.

Pucuk pimpinan BN memilih wakil MCA, Datuk Seri Yew Teong Look.

Akibatnya, para penyokong Shafie meluahkan rasa tidak senang termasuk memasang poster menyokong Shafie di sekitar Wangsa Maju.

Sementara itu, Ali Tinju memberitahu, pertemuannya dengan Hilmi memutuskan perlu ada satu pendekatan menang-menang dalam menangani masalah di Wangsa Maju.

“Walaupun Ku Nan sudah melantik setiausahanya, Datuk Ali Alhabshee mengetuai jentera BN Wangsa Maju tetapi sentuhan beliau selaku ‘ketua kampung’ amat diperlukan,” katanya.

Ali Tinju seterusnya percaya kata sepakat boleh dicapai atas nama BN dan tekad memenangi Parlimen Wangsa Maju boleh mengatasi segala-galanya.- MalaysiaGazette

Shafie kena kawal ‘kemarahan’ penyokongnya di Wangsa Maju – Ali Tinju

1 Komen

  1. Menang2 satu pendekatan mudah .
    Bg selesaikan kemelut wangsa maju.
    Alahamdulillh dgn bantuan presiden ngo no negara DATO
    ALI TINJU semua yg kusut dpt diungkai dan diselesai kn ayuh mtr kita sama2 bantu w.maju menang BN

Comments are closed.