Kambing Tenpayaki menjadi menu istimewa berbuka puasa di Dewan Arena CMC yang terletak di Sikamat di Seremban.
Kambing Tenpayaki menjadi menu istimewa berbuka puasa di Dewan Arena CMC yang terletak di Sikamat di Seremban.

SEREMBAN – Tidak dinafikan, menu kambing panggang merupakan antara makanan yang cukup popular ketika berbuka puasa secara bufet di kalangan masyarakat.

Malah ada yang sanggup berbaris panjang untuk mendapat menu tersebut malah berbuka dahulu tanpa menyentuh nasi dan makanan lain.

Namun sebagai kelainan, apa kata Ramadan kali ini anda mencuba sajian istimewa iaitu Kambing Tenpayaki di Dewan Arena CMC yang terletak di Sikamat di sini.

Daging kambing akan diperap dengan pelbagai herba selama seminggu sebelum dimasak cara tenpanyaki.
Daging kambing akan diperap dengan pelbagai herba selama seminggu sebelum dimasak cara tenpanyaki.

Istimewa menu ini apabila daging kambing akan diperap dengan pelbagai herba selama seminggu sebelum dimasak cara tenpanyaki serta dihidang dengan sos lada hitam istimewa.

Malah janji Pengarah Urusan, Cahayamata Catering yang menguruskan dewan itu, Zahriman Harun, setiap hari sepanjang Ramadan ini pihaknya menyediakan antara dua ke tiga ekor kambing untuk kepuasan tetamu.

“Kebiasaan di tempat lain atau hotel, hanya seekor kambing bakar disediakan sebagai daya tarikan dan berdasarkan siapa cepat, dia yang dapat dahulu.

“Kadang-kadang ada tidak sempat menjamah daging itu kerana sudah kehabisan selain sukar untuk mengulang mengambilnya semula,” katanya.

Harga bufet berbuka mampu milik dan berbaloi dengan pakej serendah RM33 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-¬kanak dan warga emas.
Harga bufet berbuka mampu milik dan berbaloi dengan pakej serendah RM33 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-¬kanak dan warga emas.

Beliau berkata demikian pada sesi pengenalan bufet Ramadan Dewan Arena CMC di sini baru-baru ini yang turut dihadiri isterinya, Hamamah Mohd. Tifly.

Mengulas lanjut, Zahriman memberitahu, pihaknya menawarkan harga bufet berbuka mampu milik dan berbaloi dengan pakej serendah RM33 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-­kanak dan warga emas.

Tambah beliau, harga tersebut memiliki nilai tambah kepada tetamu kerana pihaknya menawarkan hampir 60 jenis menu lazat yang lengkap dari pembuka selera hingga ke pemanis mulut.

Setiap kios di Dewan Arena CMC menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Setiap kios di Dewan Arena CMC menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman.

“Hidangan berkonsepkan Lambaian Desa Selera Asli Kampung itu mengetengahkan makanan signaturnya yang terdiri daripada menu masak lemak daging salai omak den, sambal daun kayu Cik Ros, ayam goreng pandan, daging, keli balado ibu dan daging rendang.

“Nasi beriani juga menjadi pilihan pengunjung di sini kerana ia memiliki keunikannya tersendiri kerana dimasak menggunakan dapur kayu bagi mengekalkan rasa sedap dan aromannya,” katanya.

Zahriman menjelaskan, menu berbuka puasa di dewan tersebut ditawarkan melalui 12 kios yang dinamakan dengan pelbagai nama kampung popular di Negeri Sembilan.

Zahriman Harun dan Hamamah Mohd. Tifly memilih konsep Lambaian Desa Selera Asli Kampung sempena Ramadan ini.

Setiap kios tersebut menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman seperti kuih muih, cucur bersama sosnya, ubi kayu, mi, wafel dan juga makanan utama.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ini merupakan pertama kali syarikat mengadakan bufet Ramadan di dewan yang mampu memuatkan seramai 650 pengunjung dalam satu-satu masa.

Kemudahan yang lengkap dengan surau dan parkir kereta yang luas sangat bersesuaian untuk pilihan keluarga, agensi kerajaan dan korporat meraikan rakan, pelanggan serta ahli keluarga di situ dengan harga tawaran yang sangat berpatutan.

Menu masak lemak daging salai omak den turut disediakan.

“Bufet berbuka puasa mula dibuka kepada pelanggan pada 18 Mei sehingga 18 Jun ini,” jelasnya. 

Justeru, bagi yang ingin menikmati hidangan berbuka puasa secara bufet berkonsepkan makanan kampung khususnya hidangan popular dari Negeri Sembilan, Dewan Arena CMC patut berada dalam senarai tempat kelak.

Apatah lagi, berpeluang berbuka puasa secara santai bersama keluarga dan kenalan dalam suasana kampung yang damai dan tenang jauh dari kesibukan kota.

Berbuka puasa secara santai bersama keluarga dan kenalan dalam suasana kampung yang damai dan tenang jauh dari kesibukan kota di Dewan Arena CMC.

Malah, aksesnya ke sana juga mudah dari Lebuh Raya Lekas dari Kuala Lumpur akan membolehkan mereka berkunjung ke Dewan Arena CMC di Batu 2 1/4, Jalan Sikamat di sini.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan, boleh menghubungi talian 013-389 4477, 016-447 7984. – MalaysiaGazette