Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 8 hingga 14 April ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Harga minyak akan dijual pada harga sedia ada jika kerajaan tidak mengumumkan kadar baharu menjelang Rabu.

Harga siling minyak pada masa ini ialah RM2.20 seliter untuk RON95, RM2.47 seliter untuk RON97 dan RM2.18 seliter untuk diesel.

Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata kepada Sinchew Daily,  pihaknya masih menunggu peluang untuk bertemu dengan kerajaan baharu bagi membincangkan mekanisme baharu penetapan harga minyak.

Beliau berkata, memandangkan kerajaan baharu pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad belum menamakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta kementerian itu juga tidak dapat memberi jawapan jelas, maka pertemuan belum dapat diadakan.

Khairul Annuar bagaimanapun percaya harga minyak untuk minggu ini tidak akan “terlalu mengelirukan” .

“Memandangkan harga minyak diumum setiap Rabu, maka harga lama dijangka kekal jika tiada pengumuman dibuat,” katanya.

Dr. Mahathir sebelum ini menyatakan bahawa mekanisme harga minyak sedia ada akan terus digunakan kerana kerajaan belum mengkaji mekanisme baharu. – MalaysiaGazette