Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 15 MEI 2018.
Tan Sri Abdul Gani Patail

PUTRAJAYA – Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendakwa beliau dipecat Datuk Seri Najib Razak kerana mahu membuat pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Perkara itu didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, hasil daripada  pertemuannya dengan Gani semalam.

“Saya ingin tahu apa yang berlaku ketika dia (Abdul Gani) dipecat dan apakah hasil siasatannya.

“Dia dakwa beliau sedang menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib dan pada pagi itu dia dilucutkan jawatannya,” katanya semasa sidang media di Yayasan Kepemimpinan Perdana hari ini.

Bagaimanapun Mahathir memaklumkan perkara itu dijelaskan kepadanya tanpa sebarang bukti melainkan hanya perbualan lisan.

Gani merupakan bekas peguam negara yang mengetuai pasukan petugas khas yang menyiasat RM2.6 bilion dalam akaun bank bekas perdana menteri dan kes SRC International.-MalaysiaGazette