Atletico Madrid meraih tiket automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan selepas menjuarai Liga Eurpa pagi tadi.
Atletico Madrid meraih tiket automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan selepas menjuarai Liga Eurpa pagi tadi.

LYON – Kelab Sepanyol, Atletico Madrid menjulang Liga Europa musim ini selepas menewaskan Marseille 3-0 pada perlawanan akhir di sini, awal pagi ini.

Penyerang berbisa, Antoine Griezmann meledakkan dua jaringan manakala Gabi menamatkan sisa perjuangan Marseille pada lewat perlawanan.

Gol pertama Griezmann dijaringkan pada minit ke-21 dan gol kedua menyusul empat minit selepas rehat, sekali gus menyaksikan dia mengumpul enam gol dalam Liga Europa musim ini.

Penyokong Marseille yang bertandang ke Lyon kecewa kerana kelab itu gagal menjulang trofi di tanah air sendiri.

Atletico meraih tiket automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. Selain itu, mereka bakal beraksi dalam Piala Super Eropah pada Ogos ini.

Meskipun didenda untuk tidak berada di kawasan teknikal, ia bukan masalah buat Diego Simone membimbing anak buahnya meraih kejuaraan ketiga Liga Europa dalam tempoh sembilan tahun.

Dia juga menjadi pengurus kedua terbanyak yang menjulang kejohanan ini. Mengikut rekod, dia sudah dua kali memenangi Liga Europa dan berada di belakang Unai Emery.

Atletico memenangi tiga kali kejohanan dan dua kali terakhir menjulang trofi pada 2010 dan 2012. – MalaysiaGazette