Laman instagram milik Nazim yang menyatakan beliau telah berpisah dengan isterinya Bella.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nazim Othman hari ini megumumkan beliau dan isterinya, Bella Dally sudah berpisah.

Tanpa menyatakan tarikh sebenar perpisahan mereka, Nazim menerusi instagramnya menjelaskan rumahtangga yang dibina pada 10 September 2016 itu tidak mampu diselamatkan lagi.

“Dengan rasa berat hati dan dukacita, ingin memaklumkan di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella sudah berakhir.

“Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini berterima kasih di atas doa yang baik untuk kami selama ini,” katanya.

Nazim bagaimanapun, tidak menyatakan punca perpisahan antara mereka berdua.

“Sesungguhnya segala keindahan itu datang daripada-Nya dan semua kekurangan itu di atas kekhilafan kami sebagai manusia.

“Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” ujarnhya lagi. – MalaysiaGazette