Kakitangan beberapa syarikat milik kerajaan dipercayai masih lagi menunggu lampu hijau daripada Kementerian Kewangan untuk kelulusan bagi pembayaran bonus.

KUALA LUMPUR – Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dimansuhkan sejak 1 April 2015 akan diperkenalkan semula.

Kementerian Kewangan berkata, pengurangan hasil daripada Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar mulai 1 Jun 2018 akan ditampung oleh langkah khusus hasil dan perbelanjaan yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, pengurangan perbelanjaan akan dimulakan dengan langkah rasionalisasi dan kecekapan serta mengurangkan ketirisan.

“Harga minyak mentah dunia telah meningkat dengan ketara berbanding anggaran Bajet 2018 iaitu AS$52 setong menyediakan ruang fiskal dalam tempoh terdekat.

“Tanggungjawab fiskal, ketelusan dan tadbir urus akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan program pembaharuan fiskal,” menurut kementerian itu. – MalaysiaGazette