Foto Instagram Elaine Daly.
Foto Instagram Elaine Daly.

KUALA LUMPUR – Pelakon Elaine Daly telah selamat melahirkan bayi perempuan pada Jumaat lalu.

Elaine, 41, dan suaminya, Nick Borden berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya.

Pelakon Apa Dosaku ini meluahkan rasa gembira atas kelahiran anak perempuan kedua yang diberi nama Mia Alice Boden.

“Kami sangat gembira ingin mengumumkan nama anak perempuan kedua iaitu Mia Alice Boden,” tulis Elaine.

Bagaimanapun, Elaine tidak memberi informasi lebih lanjut mengenai kelahiran keduanya itu.

Elaine berkahwin dengan doktor berasal dari Afrika Selatan itu pada 4 Disember 2014.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung bernama Eva Jean Boden, 3 pada 2015. – MalaysiaGazette