Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bersama Tan Sri Robert Kuok diserbu pihak media ketika keluar dari Menara Ilham, Kuala Lumpur selepas mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin berkata, Majlis Penasihat Kerajaan tidak membincangkan mengenai hutang negara sebanyak RM1 trilion.

Sebaliknya perbincangan hari ini lebih menjurus kepada penurunan harga minyak, katanya.

Harga minyak menjadi tumpuan majlis itu kerana ia merupakan janji Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengembalikan subsidi bahan api seperti dalam manifesto PRU-14 baru-baru ini.

Dalam sidang hari ini, lima panel majlis itu mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan Khanazah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar , Bank Negara Malayaia, Jabatan Kastam dan KPDNKK.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Kita akan jumpa anda Sabtu ini,” kata Daim ketika diserbu wakil media ketika mengiringi Robert Kuok. – MalaysiaGazette