Hanya dua negeri kadar zakat fitrahnya bawah RM7.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar zakat fitrah untuk tahun 2018 telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di seluruh negara sejak hari pertama Ramadan, Khamis lalu.

Kadar yang ditetapkan itu tidak berubah dengan kadar tahun lalu iaitu kekal RM7 bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan pula kadar zakat fitrahnya ditetapkan RM6.50, manakala Melaka RM6.70.

Umat Islam boleh melaksanakan ibadah itu melalui amil kariah dan agensi yang dilantik secara rasmi oleh MAIN masing-masing. – MalaysiaGazette