Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit pulih apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat yang kembali bertumpu terhadap mata wang negara sedang pesat membangun, kata peniaga.

Pada  9.05 pagi, ringgit disebut pada 3.9680/9730 berbanding dolar AS daripada paras 3.9780/9820 sewaktu ditutup semalam.

Menurut peniaga, kalangan pelabur masih bimbang menjelang pengumuman data inflasi AS pada esok (23 Mei) yang berkemungkinan memaparkan lebih banyak petunjuk mengenai kenaikan seterusnya kadar faedah negara maju itu.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9619/9663 daripada 2.9570/9606 namun tinggi berbanding yen apabila mencecah 3.5741/5796 daripada 3.5744/5790 semalam.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3278/3365 daripada 5.3329/3399 namun rendah berbanding euro kepada 4.6775/6838 daripada 4.6722/6785. – BERNAMA