Sharnaaz, berang, Faiz Roslan
Status Sharnaaz kepada Faiz Roslan.

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tular di media sosial video selebriti Instagram Faiz Roslan bersama-sama dua lagi rakannya menari sambil menggayakan pakaian wanita.

Perkara itu nampaknya menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen termasuk pelakon Sharnaaz Ahmad yang bersuara menerusi akaun Twitternya.

Sharnaaz sudah dikenali sebagai pelakon yang lantang bersuara, dalam memberi responnya kali ini pelakon filem Juvana yang memegang watak Lan Todak itu menyifatkan tindakan Faiz biadap kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

Beliau juga mengutarakan hasratnya untuk menyebat Faiz.

“Dapatkan alamat dia boleh pm (provate message) saya.. Terima kasih. Nampaknya bapok ni terlalu kurang ajar dan biadap..

“Sebab mak hang tak pernah pukullah hang jadi barua macam ni. Kurang ajar sampai tahap macam ni. Takpa mak hang tak mau pukoi (pukul), ramai lagi beratoq (beratur) nak pukuo hang. Amacam? Iku hang la nak macam mana. Sekali lagi aku confirm (pasti) aku sebat jang. Pi report burung.

Menerusi Twitter, Faiz selain mengakui kesilapannya dalam masa yang sama berkata dia tidak bersetuju dengan cara seorang selebriti tempatan membuat teguran berbaur ugutan kepadanya.

Walaupun tidak menyebut nama dipercayai ia ditujukan kepada Sharnaaz.

Sharnaaz seterusnya mengekspresikan amarahnya dengan berkata, dia sanggup dipenjarakan, didenda RM200 minimum sehingga maksimum RM2,000 jika didapati bersalah memukul Faiz.

“Undang-undang adalah undang-undang, saya tahu indang-undang..Mencederakan orang denda tidak kurang 200-2000 ringgit, penjara 1bulan..Berbaloikah demi bulan ramadan? Yes berbaloi.. Thank yo for your time (Terima kasih atas masa anda) salam,” katanya.-MalaysiaGazette