Kini giliran Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Abdul Azeez Abdul Rahim

KUALA LUMPUR – Kini giliran Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) disiasat dalam kes rasuah dan salah guna kuasa.

Sepasukan anggota SPRM dilihat memasuki kediaman beliau di Baling, Kedah, dipercayai untuk mendapatkan maklumat berhubung kes yang dilaporkan.

Pengarah SPRM Kedah, Mohd Syukor Mahmud mengesahkan perkara itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Proses merekodkan keterangan mengambil masa kira-kira lima jam, selepas beliau keluar dari pejabat itu pada jam 2.15 petang. – MalaysiaGazette