Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI jatuh ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan didorong oleh kerisauan pelabur terhadap paras hutang negara susulan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa  Malaysia mempunyai hutang hampir RM1 trilion.

Ketika ditutup pada dagangan tengahari jam 12.30 tengahari tadi, FBM KLCI jatuh 28.67 mata atau 1.6 peratus kepada 1,816.36.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 516 berbanding 97 manakala 568 kaunter didagangkan tidak berubah.

Sejumlah 1.42 bilion saham bernilai RM1.25 bilion bertukar tangan.

Antara saham yang mengalami kerugiaan teruk ketika sesi dagangan pagi hari ini adalah Petronas Dagangan Bhd., Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd., Axiata Group Bhd., CIMB Bhd., dan Tenaga Nasional Bhd.- MalaysiaGazette