A

HAWAII – Lava dari letusan gunung berapi Kilauea yang mengalir ke arah loji jana kuasa geoterma telah menyebabkan para pekerja mematikan kemudahan itu berikutan bimbang dengan gas berbahaya.

Pekerja mengeluarkan bahan-bahan mudah terbakar dan memenuhkan air sejuk di dalam telaga bawah tanah loji dan membuat halangan besi.

Sekiranya lava mengalir ke dalam telaga, ia boleh melepaskan gas hidrogen sulfat.

Lava telah memasuki premis loji itu pada Isnin lalu tetapi aliran itu terhenti setakat itu.

Letusan lava dari gunung berapi setinggi 50 meter. foto USG

“Bukan mudah untuk meramalkan apa akan berlaku dan bila ia akan mengalir ke dalamnya,” kata pengurusan bencana Hawaii, Tom Travis.

Pihak berkuasa, lava itu mengalir sekitar 900 kaki (274 meter) dari telaga berhampiran.

Dalam senario terburuk, Travis berkata, akan ada “pembebasan wap, banyak bahan kimia terutamanya hidrogen sulfida, gas yang sangat berbahaya”.

Kakitangan pengurusan bencana telah mengangkut 60,000 gelen gas pentane yang sangat mudah terbakar untuk dibawa ke luar kemudahan itu sebagai langkah berjaga-jaga. – MalaysiaGazette