KUALA LUMPUR – Malakoff Corporation Berhad mengumumkan pelantikan Sharifah Sofia Syed Mokhtar Shah sebagai Pengarah Bukan bebas syarikat itu.

Sharifah Sofia adalah anak Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Beliau adalah graduan Sarjana dalam Pengurusan Pembangunan dari Sekolah Sains Politik dan Ekonomi, selain Ijazah Sains Ekonomi dari Universiti York, United Kingdom.

Sharifah Sofia juga adalah pengarah di DRB-Hicom Berhad dan Pos Malaysia Berhad. – MalaysiaGazette