Kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha menyelesaikan isu lantikan Peguam Negara yang baharu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha menyelesaikan isu lantikan Peguam Negara yang baharu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan menebus semula saham Proton yang telah dijual kepada syarikat China.

Menurut beliau, segala perkembangan syarikat automatif itu adalah bergantung kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sama ada untuk mengembalikan kepada kerajaan atau tidak.

“Proton bukan milik kerajaan,ia milik swasta sama ada nak bagi balik atau tak terpulang Syed Mokhtar,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Tahun lalu, DRB-Hicom Bhd menjual 49.9 peratus saham dalam Proton Holdings Bhd kepada pembuat kereta China, Zhejiang Geely Holding Group.

Geely ialah syarikat induk kepada Geely Automobile Holdings Ltd yang berpangkalan di Hong Kong dan Volvo Car Group dari Sweden. – MalaysiaGazette