Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12,462 daripada 49,030 akaun pengguna yang terlibat dalam gangguan bekalan air di Petaling, Shah Alam dan Klang sudah mendapat bekalan air setakat jam 1 petang tadi.

Jumlah itu adalah pada tahap 25.42 peratus, kata Pengurusan Air Selangor .

Menurutnya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

Air Selnagor turut  menyarankan para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Pengguna yang sudah mendapat bekalan air turut dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. – MalaysiaGazette