minyak

SINGAPURA – Harga minyak menyusut hari ini selepas Russia memberi isyarat akan meningkatkan pengeluaran secara berperingkat selepas menghadkan bekalan sejak 2017 bersama dengan pengeluar utama OPEC.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada AS$78.78 setong pada 0024 GMT, turun satu sen dari penutup terakhir, namun jatuh lebih dua peratus di bawah paras tertinggi AS$80.50 pada November 2014 yang dicatatkan pada 17 Mei lalu.

Kontrak hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$70.69 setong, turun dua sen daripada pengakahir dagangan.

“Harga minyak kini mula menguncup sedikit,” kata Greg McKenna, ketua strategi pasaran broker niaga hadapan AxiTrader, sambil menambah ia disebabkan oleh tindakan Rusia dan anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bercadang untuk meningkatkan pengeluaran pada mesyuarat Jun ini.

Negara-negara Asia Barat yang mendominasi OPEC bersama sekumpulan pengeluar bukan OPEC yang diketuai oleh Rusia mula menahan pengeluaran pada 2017 untuk mengetatkan pasaran dan menyokong harga.

Bagaimanapun, Rusia, khususnya, mengandaikan untuk mengakhiri pemotongan pengeluaran, dengan menteri tenaganya, Alexander Novak berkata pada Khamis bahawa pemotongan terhadap pengeluaran minyak mentah dapat dikurangkan secara berperingkat jika OPEC dan negara bukan OPEC melihat keseimbangan pasaran komoditi itu pada Jun ini. – Reuters