Trump
Kim Jong Un- Donald Trump

SEOUL – Korea Utara mengharapkan “penyelesaian cara Trump” bagi menyelesaikan pertikaian di antara negara tersebut dengan Amerika Syarikat berhubung program nuklearnya.

Pada Khamis, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menulis surat kepada ketua Korea Utara, Kim Jong Un untuk membatalkan pertemuan paling bersejarah di antara kedua-dua pemimpin tersebut yang dijadualkan diadakan di Singapura pada 12 Jun ini.

“Sayangnya, melihatkan kepada kemarahan dan keganasan yang ditunjukkan oleh kenyataan-kenyataan anda baru-baru ini, saya merasakan tidak wajar kita mengadakan pertemuan yang telah lama kita rancangkan ini,” kata Trump di dalam suratnya kepada Jong Un.

Wakil Menteri Luar Korea Utara, Kim Kye Gwan memuji langkah Trump membatalkan pertemuan tersebut.

“Kami berharap “penyelesaian gaya Trump” adalah cara yang bijak untuk melegakan kebimbangan di antara kedua-dua pihak dan memenuhi tuntutan kami supaya pertikaian ini diselesaikan secara realistik,” katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh agensi media rasmi negara berkenaan.

Beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Menteri-menteri luar Amerika Syarikat dan Korea Selatan bersetuju untuk terus berusaha mewujudkan keadaan yang sesuai supaya kedua-dua negara boleh mengadakan rundingan, kata Kementerian Luar Negeri. – Agensi