Kerajaan tak boleh berseorangan bina semula negara – TPM

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak boleh berseorangan untuk membina semula masa depan negara.

Jelas Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, kerajaan perlukan rakyat dan rakyat perlukan kerajaan dalam membentuk bekerjasama sebagai satu kumpulan untuk memajukan lagi negara.

“Selepas kita mengubah kerajaan, marilah kita bawa negara ke tahap yang lebih tinggi dan mengisi kemenangan atau peralihan ini dengan  mendapat keredaan Allah.