Ketua Pegawai Eksekutif Unie Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Datuk Husni Salleh ketika hadir di Menara ILHAM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 MEI 2018
Ketua Pegawai Eksekutif Unie Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Datuk Husni Salleh ketika hadir di Menara ILHAM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Masa depan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di bawah Jabatan Perdana Menteri masih belum ditentukan.

“Kita tunggulah,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Husni Salleh ketika ditanyakan sama ada peranan agensi tersebut akan diteruskan pada masa hadapan.

Sebelum ini, kerajaan baharu telah membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dan Majlis Profesor Negara (MPN) yang kesemuanya adalah unit atau agensi di bawah JPM.

Husni yang enggan memberikan komen lanjut berkata, beliau hadir di dalam pertemuan dengan Majlis Penasihat Negara hari ini untuk memberi taklimat berhubung operasi TERAJU.

TERAJU yang ditubuhkan pada November 2011 diberi mandat sebagai penyelaras tunggal bagi menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

Ia adalah sekretariat kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setakat 2017, TERAJU menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan, pelaburan swasta serta penciptaan nilai melebihi RM145 bilion.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tolong la siasat si husni ni jugak. Mana lah tahu, father in law dia simpan duit kat rumah dia.

Comments are closed.