Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup di paras terendah dalam tempoh enam bulan setengah dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 28.07 mata atau 1.61 peratus kepada 1,715.36, paras terendah yang pernah dicatatkan sejak 4 Dis, 2017, sejajar dengan penurunan di bursa serantau lain susulan kegusaran pelabur terhadap peningkatan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Indeks itu dibuka 5.23 mata lebih rendah kepada 1,738.20 daripada paras penutup 1,743.43 pada Isnin dan bergerak antara paras 1,715.36 dan 1,739.25 sepanjang hari dagangan.

Sentimen pasaran kekal lemah dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 673 berbanding 226 dengan 386 kaunter tidak berubah, 624 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 2.30 bilion saham bernilai RM2.65 bilion.

Seorang peniaga berkata sejajar dengan prestasi bursa serantau lain, Bursa Malaysia terjejas disebabkan oleh penurunan dalam pasaran saham China selepas AS dan China mengumumkan pelan untuk mengenakan tarif berbilion dolar ke atas barangan diimport.

Presiden AS Donald Trump mengumumkan US$$50 billion tarif baharu ke atas import China pada Jumaat minggu lepas manakala China bertindak balas dengan mengenakan tarif US$34 bilion ke atas import AS dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman Trump itu.

Para peniaga melahirkan kebimbangan mereka dengan tarif baharu itu yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

Di peringkat serantau, Indeks Komposit Shanghai jatuh 114.08 mata atau 3.78 peratus kepada 2,907.82, Hang Seng Hong Kong susut 841.34 mata atau 2.78 peratus kepada 29,468.15 dan Nikkei Jepun turun 401.85 mata atau 1.77 peratus kepada 22,278.48.

Di pasaran tempatan, dalam kalangan saham yang diniagakan cergas, Sapura Energy turun tiga sen kepada 60 sen manakala MyEG naik 1.5 sen kepada 98 sen, Kretam meningkat setengah sen kepada 46.5 sen manakala Nova MSC dan Nexgram tidak berubah masing-masing pada 13.5 sen dan 3.5 sen.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun 27 sen kepada RM9.28, Public Bank susut 64 sen kepada RM23.36, Digi jatuh 14 sen kepada RM4.33, Axiata berkurangan tujuh sen kepada RM4.34 dan Tenaga turun 16 sen kepada RM14.16.

Indeks FBM Emas susut 171.34 mata kepada 12,095.24, Indeks FBMT100 turun 170.75 mata kepada 11,881.34, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 156.73 mata kepada 12,168.72, FBM70 jatuh 121.54 mata kepada 14,622.14 dan Indeks FBM Ace susut 87.37 mata kepada 5,233.01.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 290.09 mata kepada 17,081.57, Indeks Perusahaan susut 28.52 mata kepada 3,124.18 dan Indeks Perladangan berkurangan 28.35 mata kepada 7,643.39.

Jumlah dagangan Pasaran Utama tidak berubah pada 1.28 bilion saham bernilai RM2.41 bilion daripada 1.28 bilion saham bernilai RM1.93 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 681.61 juta unit bernilai RM182.80 juta berbanding 230.07 juta unit bernilai RM27.98 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 335.58 juta saham bernilai RM31.25 juta daripada 396.28 juta saham bernilai RM69.68 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 28.79 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (214.84 juta), pembinaan (87.70 juta), perdagangan dan perkhidmatan (554.36 juta), teknologi (71.06 juta), prasarana (29.75 juta), SPAC (1.68 juta), kewangan (80.01 juta), hotel (675,300 juta), hartanah (104.78 juta), perladangan (82.08 juta), perlombongan (57,300), REITs (1.96 juta) dan dana tertutup (18,000). – BERNAMA