ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad mendakwa hanya nama beliau yang dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Harapan untuk dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor.
ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad mendakwa hanya nama beliau yang dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Harapan untuk dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor.

KUALA LUMPUR – ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad mendakwa hanya nama beliau yang dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Harapan untuk dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor.

Dalam sidang media di kediamannya hari ini, Idris mendakwa Amiruddin Shaari yang mengangkat sumpah menteri besar hari ini hanya mendapat restu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya ada sokongan semua parti dalam Pakatan Harapan manakala Amiruddin cuma mendapat restu Azmin Ali,” katanya yang turut menunjukkan salinan surat sokongan ditandatangani empat parti.

Surat sokongan itu ditandatangani berasingan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PPBM, Selangor Datuk Abdul Rashid Asari; Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim; dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

Menurut Idris, sebaik nama Azmin diumumkan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, namanya antara yang ‘naik’ dalam senarai sebagai menteri besar baharu Selangor.

Malah, beliau mendakwa, namanya telah disebut-sebut bakal menggantikan Azmin sejak sebelum PRU-14 lagi sekiranya Pakatan Harapan menang.

“Apabila Pakatan Harapan menang dan kekal mentadbir Selangor, dua hari selepas itu (11 Jun), tiba-tiba dia (Mohamed Azmin) diumum menteri besar. Semua parti komponen PH tidak restu,” katanya.  – MalaysiaGazette