Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas sepupunya terlantar di Hospital Tawau, dipercayai akibat ditikam dan dipukul di kawasan antara Lorong Jalan Merdeka 3 dan bank CIMB di Fajar di sini, awal pagi tadi.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas ditikam oleh saudaranya di Taman Kepong, malam tadi.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki telah ditahan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy yang mengesahkan tangkapan tersebut.

Tragedi itu berlaku di rumah teres di Jalan Kuang, Gunung 4, Taman Kepong kira-kira pukul 9 malam.

Mangsa dikatakan telah ditikam oleh suspek yang datang ke rumah mangsa.

Kanak-kanak malang itu yang dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas ditemui di dalam stor dalam keadaan tidak sedar diri dan berlumuran darah.

Malah, tubuh mangsa dikatakan mempunyai kira-kira 30 kesan tikaman objek tajam.

“Suspek telah datang ke rumah mangsa yang ketika itu hanya ada nenek, emak dan adiknya sahaja.

“Kanak-kanak itu bermain dengan suspek di tingkat bawah, sementara emaknya tidur di tingkat atas bersama bayinya,” kata Munusamy di sini.

Tambahnya, mangsa ditemui oleh nenek mangsa yang kemudian meminta bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital.

Mayat kanak-kanak itu akan dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette