SINGAPURA – Harga minyak naik pada awal perdagangan Asia pada hari Rabu, disokong oleh kejatuhan inventori mentah komersial Amerika Syarikat, menurut Institut Petroleum Amerika (API).

Inventori mentah Amerika Syarikat jatuh sebanyak 3 juta tong dalam seminggu hingga 15 Jun hingga 430.6 juta tong.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa untuk harga minyak, berada pada AS$75.30 setong pada 0008 GMT, naik AS$0.22 atau 0.3 peratus berbanding harga penutup.

West Texas Intermediate pula didagang pada harga AS$65.34 setong, naik AS$0.27 atau 0.4 peratus.

Peningkatan yang besar dalam pasaran menjelang mesyuarat OPEC dan beberapa pengeluar lain termasuk Rusia pada 22 Jun di Vienna untuk membincangkan dasar pembekalan ke hadapan. – MalaysiaGazette