GAZA – Pesawat jet Israel telah menyerang Gaza selepas Palestin melepaskan roket dan mortar ke Israel, kata tentera negara Israel.

Sebanyak 25 sasaran yang dikaitkan dengan pergerakan HamasĀ  telah diserang sebagai tindak balas kepada serangan sekitar 30 roket dan mortar, katanya.

Dalam pada itu, lebih 100 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh oleh penembak Israel di tengah-tengah protes di mana beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul di sempadan manakala dua lelaki keselamatan Hamas pula mengalami cedera ringan.

Pejabat PBB dan hak asasi manusia menuduh Israel menggunakan kekerasan yang tidak seimbang tetapi Israel mengatakan tentera hanya menembak orang yang cuba melepasi sempadan.

Di samping itu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa sasaran Hamas termasuk beberapa pangkalan telah diserang dalam tiga kali sepanjang malam.

Gaza merupakan sebuah kawasan yang dipenuhi dengan dua juta penduduk dan dikecualikan oleh Israel dan Mesir.

Sekatan itu diketat setelah Hamas, kumpulan Islam yang memenangi pemilihan Palestin pada tahun 2006.- MalaysiGazette